Cerita 1
Tahukah anda dari manakah asal usul permainan bola sepak ini? Terdapat pelbagai versi yang kita pernah dengar seperti dari negara China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok. Ada pula yang menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka. Ada pula menyatakan dari Tanah Arab iaitu selepas terjadinya Peristiwa Karbala yang mana Sayidina Huseein r.a., cucu Rasulullah SAW telah syahid dipenggal kepalanya. Di sini, ingin difokuskan kepada sejarah Peristiwa Karbala ini sebab ia berkait rapat dengan umat Islam itu sendiri.
Sebelum itu, mari kita telusuri Peristiwa Karbala itu secara ringkas di sini:
Apabila Mu’wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.h telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam. Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru. Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Mari kita lihat beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap Saidina Hussain.
‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.” – (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 208.)
‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:
Sahabat yang terkemuka serta keluarga saidina Hussin menghalangnya dari berangkat ke Kufah kerana beberapa sebab. Antaranya
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270)
Oleh itu siapa sebenarnya yang membunuh Saidina Hussain?
Berbalik kepada tajuk kita tadi "Asal Usul Permainan Bola Sepak". Apa kaitannya dengan peristiwa di atas? Telah diriwayatkan bahawa setelah kepala Sayidina Hussain r.a dipenggal, maka musuh-musuhnya telah saling menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini. Sekiranya ini benar, apakah wajar kita sebagai umat Islam yang selama ini menyatakan kecintaan kepada Rasululllah SAW dan ahli keluarga baginda untuk terus menyerupai tindakan musuh-musuh Allah ini dengan bermain bola sepak atau menyokongnya? Bukankah ada hadis yang menyebut :" Barangsiapa meniru sesuatu kaum, dia dikira daripada kaum itu?" Adakah kita tidak sensitif dengan hal ini? Adakah kita mahu terus jahil atau buat-buat jahil tentang perkara yang sangat menghinakan Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda?
aurat mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang terbuka pahanya (auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul Qayyim, Damman. Telah keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Alilmiah wa Ifta’ di Arab.
Di sudut lain pula, permainan bola sepak ini mengambil masa yang lama dan para ulama juga telah mengeluarkan fatwa berkenaan ini. Contohnya,disebutkan disini adalah bahawa (bola sepak) telah dikenali di dalam kitab-kitab para ulama kita terdahulu, dengan nama-nama yang berbagai-bagai di dalam kitab-kitab bahasa mereka seperti Al Kujjah, Al Buksah, Al Khazafah, At Tun, Al Ajurrah, Ash Shaulajan dan Al Kurrah (lihat Al Qamusul Muhith dan Lisanul Arab)). Syaikh Muhammad Sholeh Utsaimin rahimullah lebih memperincikan lagi hukum yang berkaitan dengan latihan sepak bola, beliau berkata : “Latihan olahraga itu boleh melalaikan kewajipan, maka olahraga tersebut adalah haram. Apabila seseorang mempunyai kebiasaan menghabiskan sebagian besar waktunya di dalam olahraga, maka sesungguhnya dia telah mensia-siakan waktu".
Dari sudut lain pula, permainan ini diasaskan oleh orang kafir, maka tidak wajarlah bagi orang-orang Islam untuk sama-sama bersekongkol dengan permainan yang memang unik dengan identiti mereka sebagai orang kafir. Berkenaan ini ada disebut:
“Tasyabbuh yang dilarang dalam Al Qur’an dan As Sunnah secara syar’i adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya baik dalam aqidah, peribadatan ,kebudayaan, olahraga, sukan atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka (kaum kafir).
Selain itu, percampuran bebas di stadium bola sepak antara lelaki dan perempuan juga sememangnya haram. Ini tidak dapat dinafikan terjadi di mana-mana stadium bola sepak ketika permainan bola sepak berlangsung. Di samping itu, kita juga tahu bahawa kebanyakan kelab-kelab bola sepak ini kebanyakkannya dimiliki Yahudi dan musuh-musuh Islam. Jadi, dengan membeli tiket dan barang-barang atau produk kelab peminat bola sepak ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada musuh-musuh Islam ini. Sekiranya kita ditanya di Akhirat nanti, ke manakah kita gunakan nikmat pemberian Allah SWT ketika di dunia, apakah jawapan kita hendak beri? Renung-renungkanlah! Sesungguhnya permainan bola sepak ini termasuk agenda musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi dalam melalaikan umat Islam dengan hiburan dan dunia, agar itulah menjadi kegilaan umat Islam, dan terus meninggalkan perjuangan Islam yang sebenar . Maka mudahlah mereka mencatur dunia apabila umat Islam telah lalai dengan dunia.
Cerita 2
Menurut Bill Muray, pakar sejarah bola sepak, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, bola sepak sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.
Bola sepak juga disebut-sebut berasal dari daratan Cina. Pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah bermain permainan bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai maksud "menerajang bola dengan kaki". Sedangkan chu, bererti "bola dari kulit dan ada isinya". Mereka bermain bola yang diperbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan mengheretnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.
Cerita 3
Bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai "football" Amerika) sudah ada sekian lama.Ia nya betul-betul lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum,bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts'in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an.
Bola sepak modern lahir pada pertengahan abad ke 19 di england.Akan tetapi, F.I.F.A.(Federation of International Football Association) pada tahun 2004 sudah secara rasmi mengakui bahawa bola sepak paling awal sekali berasal dari Tiongkok, ketika itu ia disebut Cu Ju (baca: Ju Cü). Permainan bola sepak tertua ini, bermula dari 2400 tahun yang lalu pada masa Chun Qiu Zhan Guo ( Musim gugur negara-negara berperang) dan telah melewati silih pergantian dinasti dan dalam jangka waktu lama tidak surut. Yang lebih penting lagi ialah, orang Tiongkok kuno ternyata sudah lama bermain bola sepak ini untuk mengukuhkan semangat dan etika mereka.
Di Yunani bermain bola sepak diperkenalkan 800 tahun sebelum Masihi dengan nama episkyro dan harpastron. Pasukan Rome yang menyerbu Yunani tahun 146 sebelum Masihi kemudian mengambil permainan ini dan menyebarkannya dikawasan penaklukan wilayah-wilayah nya di Eropah. Kaisar Rome Julius Caesar tercatat sebagai penggemar harpastrum. Ia menggunakan permainan ini sebagai ujian bagi melatih fizikal pasukan tenteranya. Di Rome, terdapat kawasan harpastrum menyebabkan ia lebih sesuai dimainkan oleh penduduk ketika itu.
Orang Eropah mulai mengenal bola sepak pada sekitar abad 8. Sama seperti di Rome, permainan bola di eropah jauh lebih brutal. Bermain di lapangan yang luas berjarak 3-4 kilometer. Raja Edward II pernah menyebut sepak bola sebagai “permainan setan yang dibenci Tuhan.” Ia melarang rakyatnya melakukan aktiviti ini pada April 1314, terutama untuk kalangan ningrat.bola sepak dianggap kejam kerana menggunakan tengkorak manusia sebagai bola...
Cerita 4
Sejarah tentang asal-usul bolasepak boleh dikatakan pelbagai. Asalkan di mana ada manusia, ada kaki, di situlah mungkin bermulanya bola sepak, ada pendapat yg mengatakan ia bermula di China, Jepun juga ada versi bolasepaknya tersendiri, tanah Melayu juga ada versi permainan bola tersendiri, menggunakan bola raga yg diperbuat daripada rotan yg dianyam.
Bolasepak bukan lagi sekadar permainan masyarakat, atau sekadar tradisi setempat semata-mata. Bolasepak adalah satu perniagaan yg sangat menguntungkan. Berapa ramai manusia yg mendapat rezeki hasil daripada industri bolasepak.
Contohnya Astro menawarkan pakej siaran bolasepak dalam high definition, buka suratkhabar pun berita depan pasti terselit tentang keputusan bola sepak, iklan-iklan besar di merata tempat tentang bolasepak. Begitu juga jualan TV plasma, LCD meningkat semata-mata kerana hendak menonton bolasepak dalam high definition. Apabila pergi ke kedai makan, manusia datang berkumpul dengan memakai jersi dari rumah masing2 semata-mata utk menonton bolasepak di layar besar, beramai-ramai menyokong dan bersorak utk pasukan bolasepak kegemaran mereka.
Dalam erti kata lain, bolasepak ada di mana-mana saja tanpa perlu kita bersusah payah. Seolah tidak ada satu inci pun tanah di muka bumi yg terlepas dari ideologi bolasepak. Ada satu jenis manusia lebih prihatin tentang nama-nama pemain bola dan nama negara asal mereka, berbanding isu berbangkit tentang Islam yg sudah tidak difahami melainkan apa yg golongan ustaz / lebai ajar mereka di sekolah atau surau. Keluar saja dari sekolah dan surau, agama itu cuma tinggal sejadah dan kain pelikat. Agama cuma pada nama. Dan agama yg mereka nampak cuma perkelahian di antara ahli-ahli yg mengaku arif tentang agama. Isu agama sama seperti isu politik ditolak jauh2 oleh generasi muda, lebih baik menonton bolasepak.
Wynn Las Vegas - Jackson County Chamber of
ReplyDeleteThe casino features over 1,300 slot 포천 출장안마 machines and table 여수 출장안마 games ranging from blackjack 여수 출장샵 to 세종특별자치 출장마사지 roulette, 여수 출장샵 craps, craps, craps, roulette and slots.